USRAH The Message of the Qur’an – Surah At Thārïq

Feb 18, 2018 - Featured, Featured on irfront.org, Reading Sessions
Date: Sunday, 18 February 2018
Venue: Graha Pemuda, Sri Hartamas, Kuala Lumpur
Time: 11.30am–2.30pm

Sesungguhnya surah at-Thārïq sepertimana surah-surah dalam Juz ini menggambarkan ketukan-ketukan yang berturut-turut untuk mengetuk perasaan manusia: jalan-jalan yang keras, kuat dan tinggi; dan teriakan-teriakan yang menggugah orang-orang yang terlelap dalam tidur. Ketukan-ketukan dan teriakan-teriakan yang terus-menerus mengetuk perasaan mereka dengan kesan yang sama, dan juru peringatan yang lama. “Bangunlah! Sedarlah! Lihatlah! Perhatikanlah! Fikirkanlah! Renungkanlah! Bahawa di sana ada Tuhan, rancangan, dan pengaturan! Tetapi, di sana juga ada ujian, tanggungjawab, hisab dan pembalasan; serta azab yang pedih, dan juga nikmat yang besar!”

Penjelasan ini adalah salah satu contoh yang jelas bagi kekhususa-kekhususan itu. Kesannya tajam, seiring dengan jenis pemandangannya, jenis nuansa musikalnya, bunyi lafaznya, dan isyarat makna-maknanya. Diantara pemandangan-pemandangannya ialah sesuatu yang datang pada waktu malam, bintang yang cahayanya menembus, air yang terpancar, hujan, dan tumbuh-tumbuhan. Dan diantara ma’aninya atau aspek immaterialnya adalah penjagaan terhadap setiap jiwa (86:4) tiadanya kekuatan dan penolong (86:9-10) kesungguhan dan keseriusan (86:13-14) dan ancaman di dalamnya yang dsesuai dengan tabiat mereka (86:15-17)

Hampir-hampir surah ini mengandung apa saja yang diisyaratkan dalam muqaddimah Juz ini, bahawa “di sana ada Tuhan, pemberi peringatan, takdir, ujian, pertanggungjawaban, hisab, dan pembalasan, dan sepertinya.”Di antara pemandangan-pemandangan alam dan hakikat-hakikat tema bagi surah ini, terdapat juga keserasian yang mutlak dan lembut serta memerlukan perhatian. Semuanya tampak jelas dalam untaian surah dengan susunan Qur’aninya yang indah.