Reading Session on “The Impossible State” with Hazman Baharom (Bhg3) – Part1

Nov 19, 2018 - Featured, Featured on irfront.org, Reading Sessions
Tarikh: Sabtu, 3 November 2018
Masa: 3PM – 5PM
Tempat: Graha Pemuda, Sri Hartamas, Kuala Lumpur

Daftar: https://www.eventbrite.com/e/reading-session-on-the-impossible-state-with-hazman-baharom-part-iii-tickets-52121958180

The Impossible State: Islam, Politics, and Modernity’s Moral Predicament
Wael B. Hallaq

The Impossible State– Bhg 3

Sesi ketiga ini akan membahaskan bab 6 dan 7, iaitu dua bab terakhir buku ini.

Dalam bab 6, Hallaq menjelaskan bahawa struktur dan konstruk ekonomi moden memustahilkan dapat terbentuknya sebuah ekonomi moral yang menjadi visi Islam. Bahkan, meskipun sebuah negara itu mendakwa diri berjaya menjalankan semua prinsip Islam sekalipun, dalam konteks globalisasi, ia tidak mampu juga untuk keluar dari kitaran ganas tersebut.

Bab 7 pula merupakan pernyataan semula Hallaq ke atas percanggahan moral antara sebuah “negara moden” dengan “pentadbiran Islam.” Beliau menghuraikan kembali jalur penghujahan yang telah menjadi asas sepanjang perbahasan dalam buku ini.

Tentang Pengarang

Wael B. Hallaq adalah seorang Avalon Foundation Professor dalam bahagian Sains Kemanusiaan di Columbia University. Penyelidikan beliau melangkaui beberapa bidang termasuk undang-undang, teori perundangan, falsafah, teori politik, dan logika. Penerbitannya termasuk The Impossible State: Islam, Politics, and Modernity’s Moral PredicamentShari’a: Theory, Practice, TransformationsAn Introduction to Islamic Law; and Authority, Continuity, and Change in Islamic Law. Hasol kerjanya telah diterjemahkan dalam pelbagai bagasa termasuk Arab, Indonesia, Yahudi, Jepun, Parsi, Turki, dan Rusia.