Forum Ulama Sebagai Intelektual Awam - Part1

Nov 24, 2019 - Featured, Featured on irfront.org, Forum
Tarikh: Sabtu, 16hb November 2019 Masa: 2.00PM – 5.30 PM Tempat: Patio 2 Level 2, Concorde Hotel, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur Pembicara: Ustaz Wan Ji Wan Husin, Pengarah Akademik, SAUDARA Research Centre Ustaz Ali Muda, Pegawai Tugas-tugas Khas Menteri, Jabatan Perdana Menteri Ustaz Marwan Bukhari, penyelidik dan penterjemah Moderator: Dr Maryam Zakiah, Islamic Renaissance Front Anjuran: Islamic Renaissance Front Daftar di: https://www.eventbrite.com/e/forum-aw... Rasulullah SAW bersabda: “Jihad yang paling utama ialah berkata benar di hadapan penguasa yang zalim”. [Hadis riwayat Tarmizi, No. 2265, Abu Daud, No. 4344, Ibnu Majah dalam kitab Al-Fitan bab Al-Amru bil-Ma’ruf wan-Nahyu ‘anil Munkar, No. 4011 dan Ahmad, No 10716. Disahihkan oleh Al-Albani dalam Misykah Al-Mashabih No. 3705] Hadis yang dinyatakan di atas jelas meletakkan sikap berpihak dalam benak umat islam agar mereka sentiasa tegas berprinsip dalam menasihati dan membetulkan para penguasa yang pemerintah sungguhpun natijahnya itu berkemungkinan besar mengorbankan dirinya. Begitulah yang dimaksudkan oleh pengarang kitab Tuhfah al-Ahwazi Syarh Sunan al-Tarmizi dan kitab ‘Aun al-Ma’buud Syarh Sunan Abi Daud, yang telah menaqalkan pandangan Imam al-Khattabi dalam mensyarahkan hadis ini. Menurut beliau “Berkata benar di hadapan pemerintah yang zalim menjadi jihad yang paling afdhal adalah kerana apabila seseorang sedang berjihad di medan perang, ia berada dalam dua kemungkinan iaitu menang ataupun kalah. Adapun ketika berhadapan dengan pemerintah yang zalim, pastinya seseorang yang berkata benar itu tidak akan menang (secara fizikal dan penilaian duniawi) kerana pemerintah itu sedang berkuasa penuh.”