Reading Session on "Tema-tema Agung Al-Qur’ān"

Apr 1, 2023 - Featured, Featured on irfront.org, Reading Sessions

Reading Session on "Tema-tema Agung Al-Qur’ān" Terjemahan “Major Themes of the Qur’ān” by Fazlur Rahman With Ahmad Muziru Idham

Tarikh: Sabtu, 11 Mac 2023
Waktu: 2.00PM – 4.00PM
Tempat: Baitul Azizah, Presint 18, Putrajaya Bandar Filsafat

Fazlur Rahman (1919-1988) adalah ahli hukum dan intelektual Islam yang terkenal. Fikrahnya dapat dirumuskan dalam perjuangan menegakkan nilai etika dan moral yang syumul dalam masyarakat dan sistem yang adil. Bagi mereka yang tertanya-tanya tentang unsur yang membentuk etika al-Qur’ān, beliau menjawab pertanyaan ini dengan menyatakan bahawa terdapat sekurang-kurangnya tiga konsep etika kunci daripada al-Qur’an, yakni Iman, Islam, dan Taqwa. Mereka berasal dari pangkal kata Arab yang berbeza tetapi yang mengejutkan sama dalam pengertiannya. Bersama-sama, mereka membentuk landasan dari etika al-Qur’an dan memberikan ciri etosnya.

Memandangkan ajaran yang substantif dari al-Qur’ān adalah untuk memberi tuntunan bagi tingkah laku manusia di dunia ini, oleh itu tidak bermakna untuk menjadi seorang Mu’min, jika seseorang itu tidak mempunyai kesedaran sosial dengan membenarkan atau tidak menentang sistem politik autokratik atau oligarkis dan tidak membantu segmen yang terpinggir dan tertindas daripada masyarakat ini. Kepercayaan atau keimanan tanpa tindakan, sama sekali tidak dapat dipertahankan. Malah “lima rukun” Islam yang dianggap agama par excellence itu, mempunyai keadilan sosial dan pembinaan masyarakat yang egaliter sebagai matlamatnya. Pendeknya, Islam sebagaimana tercermin dalam al-Qur’ān adalah agama moralitas dan juga kemanusiaan.

Pada Fazlur Rahman, fikiran dan jiwa Nabi dengan akrab terlibat dalam wahyu sebanyak mana Tuhan sebagai sumbernya, tegasnya al-Qur’ān sepenuhnya daripada Tuhan, sebagaimana ia sepenuhnya daripada Nabi – yang membayangkan ia bukan penerimaan pasif tetapi melibatkan kesedaran Nabi yang membaur di dalamnya. Dan “lantaran pernyataaan kontroversil dan revolusioner Rahman terhadap ciri wahyu yang diterima Nabi Muhammad-lah, yang mencetuskan protes besar-besaran daripada ulama’ konservatif Pakistan,mengisytiharkan bahawa beliau “seorang munkir-i Qur’ān (penyangsi al-Qur’ān).” Akan tetapi, pengaruh dari fahaman kontekstualis yang digagaskan Fazlur Rahman ini telah memberikan asas yang penting dalam menimbulkan aliran neo-modernis Islam yang mengusung pemahaman teks yang progresif dan moden. Konsepsi-konsepsi dan pandangan yang dibawanya terkait dengan penafsiran al-Qur’ān yang kritikal ini telah membawa pemahaman teks al-Qur’ān yang kontemporer, rasional, lagi segar. Sesungguhnya buku Major Themes of the Qur’ān ini adalah merupakan bahan asas bagi sebuah teologi baharu, yang berakar dalam etos al-Qur’ān itu sendiri.





Program
200-210PM: Ucapan pembukaan oleh moderator, Ustaz Ali Muda, Pengarah Eksekutif, IRF
210-215PM: Kata Alu-aluan oleh Mohd Jamizal Zainol, Pengerusi, PEACE
215-300PM: Perbentangan oleh Ahmad Muziru Idham, Felo Penyelidik, IRF
300-400PM: Perbincangan
400PM: Minum petang





Anjuran: Islamic Renaissance Front (IRF) & Policy & Economic Affairs Centre of Malaysia (PEACE)






https://irfront.net/post/events/reading-session-on-tema-tema-agung-al-quran-terjemahan-major-themes-of-the-quran-by-fazlur-rahman-with-ahmad-muziru-idham/