Relevensi Kepimpinan Ulama di abad ke-21

Jan 5, 2013 - Forum
Pemerintahan dan ulama’ merupakan perkara yang amat sinonim dalam sesebuah komuniti Islam, sehinggakan perbahasan mengenai peranan ulama’ dalam pemerintahan terus aktif semenjak zaman awal perkembangan Islam. Hal ini tidak terkecuali di Malaysia dalam gerakan Islam awal pasca kemerdekaan yang kemudiannya dipelopori dengan aktif oleh Parti Islam SeMalaysia (PAS), kaya dengan tradisi kepimpinan ulama sebagai teras perjuangan mereka. Perjuangan berterusan PAS ini sering kali menjadi pencabar utama dasar-dasar kerajaan, selain menjadi alternatif kepada masyarakat Melayu-Islam menyandarkan pengharapan politik.