Quo Vadis Ekonomi Perkembangan di Malaysia – Part 3

Feb 25, 2018 - Featured, Featured on irfront.org, Forum
Tarikh: Ahad, 25 Februari 2018
Masa: 2.30PM – 6.00PM
Tempat: Spices, Concorde Hotel, KL

Pembentang:
Prof. Jomo Kwame Sundaram (Initiative for Policy Dialogue, Columbia University)

Pembicara:
Dr Rosli Yaakop (PAS)
Prof Mohd Nazari Ismail (IKRAM)
Dr. Dzulkefly Ahmad, Parti Amanah Nasional (AMANAH)

Moderator:
Dato’ Dr. Ahmad Farouk Musa, (IRF)  
“Tidak harus wujud antara antara rakyat ini suatu kemiskininan yang ekstrem, dan tidak pula kekayaan yang melampau, karena keduanya adalah natijah daripada kejahatan yang maha besar” [Plato, The Republic]

Kita telah melihat bahawa sebarang bentuk perubahan dalam iklim politik seperti di Timur Tengah semasa Musim Semi Arab itu tidak akan mendatangkan sebarang makna sekiranya ia tidak dikesampingkan bersama perkembangan ekonomi. Lantaran itu mereka yang memperjuangkan perubahan dalam lanskap politik negara harus mempertimbangkan perkara ini.

Perubahan kepada politik yang bernuansakan Islam itu tidak akan membawa sebarang erti sekiranya tidak berlaku sebarang perubahan dalam agenda ekonomi. Kegagalan al-Ikwan al-Muslimun juga sering dikaitkan dengan dasar ekonominya yang mengutamakan hanya satu peratus daripada rakyat yang berada. Hal ini juga yang sering diperkatakan oleh pakar ekonomi di negara ini yang melihat ketumpukan kekayaan itu berada hanya pada segelintir mereka walaupun terdapat anjakan Gini coefficient yang menunjukkan jurang ini semakin dirapatkan.

Kita melihat bahawa golongan liberal dan pendokong pasaran bebas sering berhujah bahawa kewujudan satu peratus yang kaya-raya ini akan membolehkan peningkatan bagi golongan yang miskin hasil daripada trickle-down effect Tetapi sejarah telah membuktikan bahawa sifat tamak dalam diri manusia itu memastikan akan terencatnya cita-cita yang murni itu. Lantaran kerana itulah, kesemua protagonis dalam agenda politik baru ini harus memperdebatkan agenda ekonomi yang ingin mereka ketengahkan. Dan perbincangan meja-bundar ini menjadi salah satu medan bagi melakarkan agenda ekonomi alternatif yang akan datang.