Forum: Islam di Nusantara Ke Arah Mana Kita? - Part1

Dec 14, 2018 - Featured, Featured on irfront.org, Forum
Tarikh: Sabtu, 24 November 2018
Masa: 2PM-530PM
Tempat: Spices, Concorde Hotel, Kuala Lumpur

Daftar di: https://www.eventbrite.com/e/forum-islam-di-nusantara-ke-arah-mana-kita-tickets-52806489632

Panelis:
Dr Syafiq Hasyim
Prof Harlina Halizah Siraj
Dr Danial Mohd Yusof
Ustaz Abu Hafiz Salleh Hudin

Moderator:
Dato’ Dr Ahmad Farouk Musa

Anjuran:
Islamic Renaissance Front

Dalam menanggapi persoalan asas tentang kedudukan dan masa depan Islam di Nusantara secara umum, dan di Malaysia secra khusus, kita dihadapkan dengan persoalan dasar yang menghantui sejak beberapa dasawarsa, iaitu hendak ke mana Islam ini di bawa? Persoalan tentang hala tuju Islam ini krusial dalam menentukan corak dan bangunan bangsa yang akan terbangun di Malaysia dan di Nusantara.

Apakah corak yang dapat dibayangkan tentang masa depan Islam ini mengingat tentang perkembangan sekarang yang kacau dengan kefanatikan dan kedangkalan paham dan penghayatan Islam? Ketika persoalan Islam menjadi pertaruhan, kita melihat pendukungnya yang gencar dan berdegar memperjuangkan Islam garis keras yang menafikan kemungkinan-kemungkinan Islam yang inklusif, dan jama’ie, dengan keterbukaan kepada golongan minoriti aqidah seperti Syiah dan Ahmadi, ataupun minoriti seksual seperti LGBT, dalam mencetuskan Islam yang bersifat rahmatan li al-‘alamin 

Jarang-jarang spirit beragama yang cuba mengangkat Islam ramah, atau yang mengarah kepada Islam Nusantara, atau Fiqh Indonesia seperti diangkat oleh Profesor T.M. Hasbi ash-Shiddieqy atau Fiqh Malaysia oleh Dr Siddiq Fadzil, ketimbang Islam Hijazi atau fiqh Misri atau fiqh Hindi yang lebih kearaban.

Maka itu, forum ini berusaha memecahkan persoalan ini dalam mencari bangunan Islam yang jelas di kepulauan Nusantara ini. Hal ini mengarah kepada keperluan untuk menggerakkan pandangan Islam yang progresif dan dinamik yang meraikan nilai-nilai kebebasan (al-tahririyah) dan keadilan (al-‘adalah), demokratis dan sekular lagi inklusif,serta mengantisipasi kesan daripada cara tersebarnya Islam di kepulauan Melayu-Indonesia dalam mencorakkan pandangan hidup dan pemikiran umat dan menentukan halatuju dan arah haluannya di Malaysia.