Webinar: Pembelajaran Dalam Talian Era COVID-19: Isu dan Cabaran ke Arah Kesetaraan dalam Pendidikan – Part7

Feb 11, 2021 - Events, Featured, Featured on irfront.org
Tarikh: Sabtu, 30 Januari 2021
Waktu: 11AM MYT | 7PM PST (29 Januari 2021)

Panelis:

1.Dr. M. Bakri Musa, Pakar Bedah di St. Louise Regional Hospital, California & Penulis buku “Liberating The Malay Mind”

2.Dato’ Dr. Madeline Berma, Felo, Akademi Sains Malaysia & Pesuruhjaya bagi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia

Anjuran: Islamic Renaissance Front

Isu pendidikan merupakan isu yang sangat penting bukan sekadar kepada masyarakat, malahan ia menjadi suatu isu di peringkat global. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah menggaskan projek Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Growth, SDG), di mana isu inklusiviti pendidikan telah menjadi Matlamat ke-4 dalam projek SDG tersebut. Matlamat ke-4 SDG menekankan tentang kualiti pendidikan yang inklusif dan saksama serta mempromosi peluang pendidikan sepanjang hayat dalam memberi tumpuan kepada pembasmian diskriminasi gender dan memastikan akses pendidikan yang setara kepada semua orang, termasuklah golongan kurang upaya.