Seminar Pemikiran Reformis – Siri XIV: Fazlur Rahman - Part1

Jan 28, 2019 - Featured, Featured on irfront.org, Seminar
Tarikh: Sabtu, 12 Januari 2019
Masa: 10AM – 530PM
Tempat: International Institute for Civilization and Malay World (ISTAC), Bukit Tunku, Kuala Lumpur

Kata alu-aluan oleh Professor Ulung Datuk Dr Osman Bakar
Syaikh al-Kulliyyah, ISTAC-IIUM

Panelis:
Prof Dr Ahmad Syafii Maarif, Maarif Institute, Indonesia
Dr Haidar Bagir, Mizan Group, Indonesia
Dr Azhar Ibrahim, National University of Singapore

Moderator:
Dato’ Dr Ahmad Farouk Musa, Islamic Renaissance Front 

Anjuran:
Islamic Renaissance Front dan Syed Muhammad Naquib al-Attas Library, ISTAC-IIUM

Daftar di: https://www.eventbrite.com/e/seminar-pemikiran-reformis-siri-xiv-fazlur-rahman-tickets-54125998318

Fazlur Rahman adalah seorang cendikiawan modernis Muslim yang ulung yang berjuang untuk menghidupkan semula pemikiran Islam. Belaiu membezakan antara apa yang dikatakan sebagai “Islam yang normatif” dan “Islam yang historis”. Baginya apa yang patut ditekankan dalam interpretasi al-Qur’an adalah memahami konteksnya dan bukan semata-mata interpretasi literalnya.

Belaiau melihat akan tujuan al-Qur’an adalah untuk membangunkan nilai etika dan masyarakat yang adil di mana yang lemah dan terpinggir akan dibela, dan yang berupaya akan mampu untuk membangunkan segala potensi mereka tanpa sebarang halangan. Lantaran itu beliau tidak wewenang dalam menyokong agenda golongan sekularis yang melihat bahawa tiada tempat bagi Islam dalam ruangan awam yang moden ini. Bagi Fazlur Rahman, Muslim haruslah berusaha untuk menemui semula apakah itu makna Islam yang sebenarnya yang bukan hanya membawa menafaat bagi diri mereka akan tetapi juga sekalian manusia.

Fazlur Rahman lahir pada 21 September 1919 di Kawasan Hazara di bawah kekuasaan British India pada ketika itu. Beliau kemudia belajar di Universiti Lahore dalam Bahasa Arab dan lulus MA dengan kepujian. Beliau meneruskan PhD-nya di Oxford University dan kemudian mengajar di McGill University di mana belaiu menubuhkan Institut Pengajian Islam. Beliau pulang ke Pakistan pada tahun 1961 atas jemputan Presiden Ayub Khan dan dilantik sebagai Direktur, Islamic Research Institute di Lahore. Di Pakistan beliau menerbitkan beberapa buah buku antaranya adalah Islamic Methodology in History. Namun akibat peralihan rejim yang lebih konservatif pada akhir tahun 60’an, idea-ideanya yang moden tapi bersifat humanis telah mengakibatkan rusuhan di seluruh negara dan beliau terpaksa berhijrah ke Amerika Syarikat.

Di Amerika, beliau mengajar di University of Chicago dan menubuhkan program Near Esatern Studies. Dan seperti Iqbal, beliau berhujah akan perlunya rekonstruksi semula pemikiran Islam.Baginya tamadun Islam mempunyai perbendaharaan yang cukup iuntuk berdepan dengan dunia moden. Beliau berpandangan bahawa kumunduran intelektual, budaya, dan ekonomi umat Islam adalah kerana kekakuan intelektual dan keterhadan pewacanaan yang kritikal dengan perbendaharaan intelektual masa silam dan kenggganan utuk menadaptasi pada perubahan.

Pengalaman Fazlur Rahman ini menceritakan tentang cabaran dan rintangan yang bakal di hadapi oleh mereka yang membawa agenda reformis dan modenis. Penentangan terhadap sebarang perubahan begitu keras dalam dunia Islam masa kini. Sebarang usaha untuk menafsir semula apa yang telah berlalu itu sering dianggap sebagai usaha untuk meremehkan tradisi Islam. Namun, usaha beliau ayng gigih itu telah menjadi isnpirasi lepada para cendikiawan Muslim bukan saja di Amerika tetapi juga diserata dunia.

Program:
0930-1000:    Pendaftaran
1000-1005:    Ucapan oleh Pengerusi majlis, Afiqah Zulkifli
1005-1015:    Bacaan al-Qur’an oleh Muhammad Thufail Sayuti, Surah al-Baqarah: 164-171.
1015-1030:    Kata alu-aluan oleh Professor Ulung Datuk Dr Osman Bakar
1030-1045:     Ucapan pengenalan oleh moderator, Dato’ Dr Ahmad Farouk Musa
1045-1145:    Pembentang I: Prof Dr Ahmad Syafii Maarif
Fazlur Rahman, Semangat Moral-Etika Qur’ani dan Proses Pewahyuannya.
1145-1245:    Perbincangan dan soal jawab
1245-1330:    Lawatan pameran
Perpustakaan dan manuskrip Fazlur Rahman
Ehsan Syed Muhammad Naquib al-Attas Library, ISTAC-IIUM
1330-1430:     Makan tengahari dan solat
1430-1530:    Pembentang II: Dr Haidar Bagir
Hermeneutika al-Qur’an dan Hadith menurut Fazlur Rahman
1530-1630:    Pembentang III: Dr Azhar Ibrahim
Fazlur Rahman dan Kesanggupan Pembaharuan Keimanan, Kesejarahan dan Kepedulian
1630-1730:    Perbincangan dan soal jawab
1730:              Minum petang dan bersurai 

Profil Para Pembicara
Prof. Dr Ahmad Syafii Maarif adalah Mantan Ketua Umum Muhammadiyah serta Mantan Presiden, World Conference on Religion for Peace (WCRP).Beliau meraih gelar Sarjana Muda dari Universitas Cokroaminoto pada tahun 1964, sedang gelar Sarjananya diperoleh dari Institut Keguruan dan Ilmu Pendidikan (IKIP) Yogyakarta empat tahun kemudian. Kepakarannya di bidang sejarah semakin terbukti setelah memperoleh gelar Master dari Ohio State Universitas, Amerika Syarikat. Gelar Doktoralnya diperoleh pada tahun 1993 dari Universitas Chicago dalam Program Studi Bahasa dan Peradaban Timur Dekat dengan disertasi: Islam as the Basis of State: A Study of the Islamic Political Ideas as Reflected in the Constituent Assembly Debates in Indonesia. Beliau terlibat secara intensif melakukan pengkajian terhadap Al-Quran dengan bimbingan Fazlur Rahman. Di sana, Buya Syafii kerap terlibat diskusi intensif dengan Nurcholish Madjid dan Amien Rais yang sedang menjalani pendidikan doktor falsafah. Setelah terpilih sebagai Ketua Umum Muhammadiyah dalam Muktamar ke-44 (2000) yang berlangsung di Jakarta, Buya Syafii kemudian mengemudikan perannya dalam mendinamisasi Muhammadiyah agar dapat secara optimal menggerakkan usaha-usaha tajdid dan cita-cita pencerahan yang hendak diraihnya. Salah satu usahanya adalah mendorong laju kebangkitan intelektual di kalangan Angkatan Muda Muhammadiyah, sebab sangat menyadari bahwa keilmuan dan keIslaman adalah semangat inti segala gerak Muhammadiyah. Usaha dan perjuangan Buya Syafii tak berhenti tatkala meletakkan kepemimpinan Muhyammadiyah pada generasi di bawahnya. Buya kemudian mendirikan Maarif Institute sebagai wahana melanjutkan ikhtiar dalam rangka mengawal dan menggapai kebangkitan intelektual di kalangan generasi muda Islam. Kini, di bawah layar Maarif Institute, Buya Syafii kian menancapkokohkan jejaknya sebagai tokoh pluralis yang konsisten memperjuangkan nilai-nilai kemajuan dalam bingkai keIslaman, keIndonesiaan dan kemanusiaan. Pada masa usia yang sudah tidak muda lagi, 83 tahun, pemikiran-pemikiran Buya Syafii masih dibutuhkan bangsa dan negaranya. Presiden Joko Widodo, pada awal tahun 2015, sempat menawarkan posisi Dewan Pertimbang Presiden, tapi Buya Syafii menolaknya. Dia mahu lebih independen. Maka, saat presiden Joko Widodo memintanya untuk menjadi salah satu Tim Independen mengatasi konflik Polri-KPK, ia menyanggupinya dan sekaligus menjadi Ketua Tim Independen 2015. Sikapnya yang plural, kritis, dan bersahaja telah memposisikannya sebagai “Bapak Bangsa Indonesia”.

Dr Haidar Bagir adalah Direktur Utama Kelompok Mizan. Bersama dua temannya, dia mendirikan Penerbit Mizan pada tahun1983. Haidar memperoleh gelar Master dari The Centre for Middle-Eastern Studies, Harvard University (1992), dengan biasiswa Fulbright. Kemudian dia melanjutkan lagi pendidikannya dan meraih gelar Doktor Filsafat Islam dari Jurusan Filsafat Universitas Indonesia (2005) dengan disertasinya tentang Perbandingan Pemikiran Mulla Sadra dan Heidegger. Dalam hubungan dengan studi doktoralnya tersebut, dia mendapatkan lagi biasiswa Fulbright untuk melakukan kajiannya di Department of Philosophy and History of Science di Indiana University Bloomington, AS, selama setahun. Untuk ketiga kalinya, dia mendapatkan biasiswa Fulbright sebagai Visiting Specialist di University of Sciences, Philadelphia (2006), dan ditunjuk sebagai Misher Professor for Humanities oleh universitas tersebut. Selain memimpin Kelompok Mizan, dia juga menjadi Ketua Yayasan Manusia Indonesia (Yasmin) yang bergerak di bidang pemberdayaan pendidikan kaum dhuafa’, serta Ketua Yayasan Lazuardi Hayati yang bergerak di bidang pendidikan yang kini telah memiliki beberapa cabang sekolah unggulan. Beberapa penghargaan keilmuan internasional juga pernah diraihnya, termasuk Science and Religion Course Award dari The Centre for Theology and Natural Sciences (CTNS), Barkeley, California, USA (2002/2003). Lima tahun berturut-turut (2010-2015) Haidar Bagir masuk ke dalam daftar 500 Tokoh Muslim Paling Berpengaruh di Dunia yang disusun oleh The Royal Islamic Strategic Studies Center yang berpusat di Amman, Jordania. Haidar Bagir mendeklarasikan Gerakan Islam Cinta, iaitu sebuah upaya untuk menekankan aspek cinta dan spiritualitas Islam kepada masyarakat Muslim. Di antara buku-buku yang ditulisnya adalah Tentang Manajemen dan Manusia (1996), Buku Saku Filsafat (2005), Buku Saku Tasawuf (2005), dan Buat Apa Shalat?! (2008), Surga Di Dunia Surga Di Akhirat (2011), Islam Risalah Cinta dan Kebahagiaan (2012),Semesta Cinta Pengantar Kepada Pemikiran Ibn Arabi (2015), Belajar Hdup Dari Rumi (2015), dan Mereguk Cinta Rumi (2016).

Dr Azhar Ibrahim adalah Pensyarah di Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Kebangsaan Singapura (NUS). Beliau telah menerima PhD, MA, daripada Jabatan yang sama pada tahun 2002 dan 2008. Disertasi beliau bertumpu pada hal humanisme dan intelektualisme dalam kesusasteraan ilmuwan Melayu manakala tesis MA beliau adalah berkenaan kajian orientasi keagamaan seperti yang tercermin dalam masyarakat feudal Melayu dan penerusannya hingga ke hari ini. Beliau mengambil jurusan Pengajian Melayu dan Pengajian Asia Tenggara pada peringkat ijazah. Beliau telah berkhidmat sebagai pensyarah selama hampir sedekad di Institut Pendidikan Kebangsaan (NIE), Universiti Teknologi Nanyang, mengajar persuratan Melayu klasik dan moden, sosiologi Bangsa Melayu, dan juga tradisi intelektual dan peradaban Islam. Beliau juga telah berjaya menyiapkan pengkajian di peringkat pasca kedoktoran di Faculty of Theology, University of Copenhagen, Denmark (2009/2010), dan kemudian di Temple University, USA (2010/2011). Kajian beliau berfokus pada Teologi Sosial dalam Muslim Asia Tenggara: Trend dan Cabaran, dan Teologi Dialog dalam. Masyarakat Melayu-Indonesia: Prospek dan Halangan. Beliau telah menulis banyak makalah dan buku-buku dalam bahasa Inggeris dan Melayu dan sangat aktif memberikan syarahan di Malaysia dan juga antarabangsa.