Webinar: Memperingati Cak Nur bersama Dr Budhy Munawar Rachman, Dr. Gerardette Philips & Ahmad Gaus A.F. – Part4

Aug 25, 2020 - Events, Featured, Featured on irfront.org
Tarikh: Ahad, 16hb Ogos 2020
Waktu: 2PM MYT | 1PM JKT

AnjuranIslamic Renaissance Front

Bulan Ogos ini, genap 15 tahun pemergian sang reformis, Nurcholish Madjid atau lebih dikenali sebagai Cak Nur, salah seorang daripada tiga orang yang digelar Panglima dari Chicago itu, yang merupakan ank murid Fazlur Rahman. Beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir pada hari Isnin, 29hb Ogos 2005 di Rumah Sakit Pondok Indah, Jakarta Selatan. Ketika itu, jenazahnya disemayamkan di Universitas Paramadina, sedangkan pemakamannya dilaksanakan di Taman Makam Pahlawan Kalibata. Saat kematiannya, beliau masih memegang jawatan sebagai Rektor Universitas Paramadina dan beliau tidak asing dikalangan para intelektual Islam sebagai reformis yang terkehadapan dalam mengemukakan fikirannnya dalam gerakan pembaharuan Islam di Indonesia.