Forum: Perjuangan Hak Asasi Manusia: Antara Agama Tanpa Kebebasan dan Kebebasan Tanpa Agama – Part 2

Apr 20, 2014 - Forum
Anjuran: Pemuda PAS Lembah Pantai
Tarikh: Khamis, 17 April 2014
Masa: 800 – 1100 PM
Tempat: Dewan Parameswara, Shah’s Village Hotel

Antara perkara utama yang menjadi pertelingkahan antara pelbagai gerakan Islam di Malaysia adalah isu Hak Asasi Manusia. Hak Asasi Manusia seringkali dikaitkan dengan agenda Barat yang mempunyai agenda anti-agama.

Forum ini akan bertujuan membawa hadirin untuk melihat huraian dan hujah oleh setiap panelis yang mewakili ideologi berbeza dalam memperdebatkan tentang hak asasi manusia dan hubungannya dengan permasalahan dalam agama.
Forum ini menampilkan tiga orang tokoh daripada tiga organisasi berbeza. PAS diwakili Dr Zuhdi Marzuki, Ketua Pegawai Operasi (COO) di Pusat Penyelidikan PAS Pusat, Tuan Haji Aminuddin Yahaya, Timbalan Presiden ISMA dan Dr Ahmad Farouk Musa, Direktor, Islamic Renaissance Front. Saudara Dr Zulqarnain Lukman dari Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (JUHAM), Dewan Pemuda PAS akan bertindak sebagai moderator.

- See more at: http://irfront.net/post/events/forum-perjuangan-hak-asasi-manusia-antara-agama-tanpa-kebebasan-dan-kebebasan-tanpa-agama/#sthash.1RQkqgAd.dpuf